Tuesday 27 August 2013

Alhamdullilah selamat

25.08.2013 alhamdullilah dh selesai emrbrio transfer..harini dh day 4 selepas embrio transfer..aku dh makin sihat..tp hubby x bg wat apa2, Turun tangga pun x blh..cian aku tgk pagi ni dia g hangar daniel sek, beli mknan utk aku,petang semalam, basuh baju..semua tugas ku dia ambil alih..

Mengenai embrio transfer, alhamdullilah 3embrio berjaya di masukkan. Pertama Kali melihat embrio di bilik prosedur melalui screen tv yg tergantung di hadapan katil operation room tu sebak n sayu terasa..Dr N siap bagitaw janin dh usia 3hari.terpancar wajah ceria pada hubby waktu diberi peluang tgk embrio..next date utk check upt 18.09.13

Friday 23 August 2013

Dapat panggilan

Dapat panggilan telifon

Alhamdullilah harini 24.08.2013 jam 11.07pg aku n hubby dapat panggilan dari HSNZ. Kami diminta hadir ke hospital esok jam 8pg utk embrio transfer. Kata embrologist tu ada 3embrio yg berjaya disenyawakan.perut aku pn dh kurang cramp...semoga semuanya berjalan lancar esok. Amin... Last step tunggu lagi 2mggu utk check pregnancy test..

Hari yang dinanti tiba juga

Hari yang dinanti

Harinya tiba juga. 22.08.2013 tiba di hospital kami wat bayaran dulu n terus g ke wad IVF..kami tinggal kete kt hotel n naik teksi g hospital coz lpas selesai rawatan kami tidal dibenarkan memandu memandangkan ubat tido yg dibagi. Hubby disuruh wat SFA(keluarkan sperm n lpas tu kencing) utk check mana tahu tba2 ada sperm dlm air mani x payahla di operate tp sedih coz x de jga.. So Dr suruh hubby tukar baju n drip pn masukkan. Jam 845am hubby masuk bilik operate yg dilakukan sendiri oleh DR N. aku masih berpakaian umah coz Dr kata bila ada sperm baru aku diarahkan tukar baju n di masukkan drip.. Jam 0910am aku diberitahu Dr dh selesai operate kilang sperm yg sebelah kanan n semua sperm yg ada x bergerak mean x active n x leh digunakan. Masa tu aku menangis n baca doa x henti2. Nurse bagitaw Dr nk operate kilang sebelah kiri pula utk cari sperm lg. aku masih ada harapan je aku berdoa n terus berdoa. Tiba-tiba nurse suruh aku pakai n Dr N datang n masukkan drip utk aku. Dia bgtaw dh jumpa sperm yg active, ada 2 @ 3 je tp dh memadai utk disenyawakan.alhamdullilah..

Sebelum aku masuk operation room, aku sempat jumpa hubby yg baru dihantar balik ke katil sebelah aku. Dia masih dlm keadaan khayal..bila aku pegang tangan hubby, dia menangis. Aku tanya kenapa, dia kata sedih sebab sperm dia sikit..aku Cuba tenangkan dia, sikit lebih baik dari x de. Aku pun di bawa ke operate room.  n alhamdullilah ovum dapat diambil. Dari jumlah 20 hanya 7yg boleh digunakan, disebabkan lama menunggu ada yg dh pecah n x leh digunakan. Aku pulang ke hospital ptg tu n kami rehat secukupnya..hubby sakit teruk sikit coz kena operate 2belah. So aku disuruh masukkan ubat crinone jam 7pg keesokkannya n mkn duphaston jam 8pg,4ptg n 10mlm dan tunggu panggilan dari pihak hospital utk embrio transfer insyallah..

Hari ni 23.08.2013, kami rehat dlm bilik je.tgk tv, main game n bual-bual..mkn pn order hotel je..hubby masih x leh pakai seluar so susah nk bergerak..

Thursday 22 August 2013

Menunggu utk embrio transfer

Menunggu untu embrio transfer

Sori lama x update, busy dgn puasa n raya..sewaktu saya update blog ni aku di hotel Prinzpark Terengganu menunggu panggilan telifon dari hospital utk embrio transfer..
Seperti yg aku bgtaw sebelum ni last cycle marvelon aku stop pada 08.08.2013 iaitu pada raya pertama n dijangka period pada 13.08.2013 tp kita hanya merancang tuhan penentu segalanya.. Tiba2 ada lendiran darah pada 04.08.2013 tp cuma sikit tp still darah so aku trus call nurse kat HSNZ, setelah maklumkan pada doktor, aku disuruh continue je ubat perancang tu sampai tarikh yg sepatutnya memandangkan lagi 4hari je. Aku sambung ubat tapi lendiran darah tu masih keluar tp sikit..sehari pakai 1pad je tu pun ada 2 3 titik je. Tapi pada 07.08.2013 darah tu agak byk membuatkan aku takut. Mulala terfikir, kalau harini day1 maksudnya esok 08.08.2013 day 2. Mana ada gribbles lab yg buka pagi raya, n aku x bawa blik kpg Gonal f yg patut di inject pada day 2. Alhamdullilah, setelah menjadi kawan baik aku L, dia terus direct call Dr yg pegang kes aku di HSNZ(Dr yg sama wat ivf utk L). So Dr suruh check planner aku utk pastikan tarikh injection aku..so dlm planner 14.08.2013. Dr suruh continue juga ubat n tggu hari period tu flow, yg darah dari 04hb tu Dr kata staining je..lega sikit hati.

10.08.2013, jam 0445pm darah flow..memang darah la bkn lendiran dh..so aku nurse utk maklumkan.dia kata kira 11.08.2013 day 1 n suruh aku inject pada 12.08.2013 n ke gribbles lab utk ambil darah day 2. So bermulala injection Gonal f pada 12.08.2013.(hubby masih lagi inject mengikut schedule yg Dr bg). Day 4 aku sekali lg ambil darah utk oestradiol. Result day 2 aku 0.5nmol/L so maksudnya follicular dh ada. Day 6 jatuh pada jumaat so nurse tunda TVS (trans vagina scan)  day 6 aku pada hari ahad iaitu day 8. Kelantan Terengganu cuti jumaat n sabtu. By the way result darah day 4 aku 810pmol/L maksudnya pre ovulatory.. 18.08.2013, TVS pertama dibuatnya sendiri oleh Dr N n resultnya ada 20ovum dgn saiz2 yg memuaskan : 18x11,14x10,11x11 n byk lg. so aku dibagi tarikh utk next TVS pada 20.08.2013. n klu ikut plan ovum pick up pada 26.08.2013, nama aku n hubby pun dh ada kt board kt HSNZ... 20.08.2013 jam 7pg lg aku dh sampai kt hospital coz Dr ada surgery jam 1030pg kena wat TVS awal.hubby pn ada meeting kt Kuantan pkul 2pm..kami plan habis je TVS trus ke Kuantan, tido ctu esok baru balik. Balik pada TVS, aku orang ke2 wat TVS lebih kurang 0840pg, Dr N tiba2 tanya 1st day aku staining so aku n nurse sama2 gtaw 04.08.2013.rupa-rupanya ovum2ku dh mating..saiz dh besar..ada yg 26mm pn. Dr decide nk buat ovum pick up pada 22.08.2013. Dia trus call embrologist yg sedang bercuti hari tu n tanya blh x dtg keje tarikh tu n jawapannya Ya. So fix date utk ovum pickup pada 22.08.2013.Rancangan utk tido di Kuantan x jadi, lpas je hubby hbs meeting pkul 6pm trus balik Kota bharu..mlm 20.08.2013 jam 0830mlm tepat aku disuruh inject ovidel ubat utk tahan telur dari pecah.so 36jam dari injection tu ovum akn diambil.

Pada 21.08.2013 aku n hubby sempat lg wat acupuncture yg terakhir sebelum bertolak ke Terengganu. Kami g petang 21.08.2013 coz esk tu before 8pg kena ada kt HSNZ dh. Sebelum g aku uruskan hal solat hajat dikpg hubby start dari 21.08.2013 hingga mlm 24.08.2013 coz 25hb dijangka embrio transfer.. Ptg tu jam 730pm kami pun bertolak ke Terengganu n check in di hotel utk 5mlm.mlm tu kami wat solat hajat, baca surah mariam ayat 1-10 berkali-kali n tiup dlm air zam zam.kami bawa yg 5liter tu.jam 12mlm kena puasa..kami rehat secukupnya supaya esok ya kami tenang n segar.


Monday 22 July 2013




Hari semakin hampir... Tak sampai sebulan dah          

Alhamdullilah, akhirnya masa yang dinanti dh pun semakin dekat. Berkenaan ubat Yaz yg dibagi utk control period pada aku selama 3cycles dh bertukar pada marvelon pada cycles terakhir ni. Sebabnya pada cycles ke2 di mana aku sepatutnya stop ubat pada 11.07.13 dan akan period pada 14hb tetapi tiba2 period aku datang awal iaitu pada 08.07.13, panik juga aku. Nape ubat x berenti lg tiba2 period.. So aku terus call hospital Terengganu n bertanya pada doktor kenape jadual mcm tu. Doktor sarankan utk teruskan juga makan ubat Yaz tu sampai 11hb seperti yg ditetapkan. Period pn x byk sgt so doktor kata ubat tu x kuar utk tahan period dan akan tukar ubat yg lebih kuat pada temujanji akan dtg iaitu pada 11.07.13. So aku pun dh tukar mkn ubat yg fungsinya sama tapi dos yg agak kuat iaitu marvelon dan akan stop pada hari raya pertama 08.08.2013 dan dijangka period pada 11.08.2013. Doktor suruh aku ke makmal gribble pada hri ke2 n ke4 period utk ambil darah, n aku disuruh mulakan injection Gonal-f pada hri ke2 period. Hubby dh start inject dri bln jun lgi n tggal lg beberapakali injection je utk utk dia.

Bercakap pasal inject, Kawan aku L ada tunjukkan suntikan tambahan yg akan dibagi pada hari ke6  dan ke12. Maksudnya, pada hari ke6,7,8,9,10,11 akan ada 2jenis injection yg perlu di inject. Pada hri ke12 pula ada lg 1 tambahan injection, bermakna pada hri ke12 akan jadi 3jenis injection. Pada hri ke13 n 14 Cuma 2 jenis injection yg perlu diambil. Dan hri ke14 tu la akan di buat ovum pickup n operate testicular biopsy utk hubby bg membolehkan spermnya diambil. Selepas pada itu, klu dengan izin Allah s.w.t telur n sperm yg diambil berkualiti, maka persenyawaan akan dilakukan oleh embrologist. Sewaktu tu, aku n hubby cuma blh berdua, buat sembahyang hajat byk2 sementara menunggu panggilan dari Hospital untuk embryo transfer jika persenyawaan berjaya. Selalunya, ia akan mengambil masa 2@3 hari utk persenyawaan berlaku.

Aku dh pn book hotel start dri hri ke13 hingga ke18 coz kita perlu ada berdekatan Hospital sepanjang tarikh tersebut. Selepas embryo transfer, kita x dibenarkan byk bergerak selama 48jam. Doakan saya berjaya ye, setelah 2tahun mengikut treatment akhirnya masa akan tiba x lama lagi.

Wednesday 5 June 2013

Masa Dah Semakin Hampir

Dah lama x update...so far perjalanannya smooth je..nk berkongsi cerita kawan i L, dah pun selamat melahirkan baby boy 3kg semalam 05.06.2013..comel sgt...semalaman aku teman dia di hospital. Tentang perkembangan aku, aku dh pun g jumpa doktor pakar kt HRPZ dan ubat aku dh pun di order cuma doktor HRPZ minta aku g HSNZ untuk actual date untuk buat IVF. tapi doktor HRPZ direct tel n wat appoinment dengan doktor HSNZ n tanya apa lagi ubat yg diperlukan dan dos yang akan digunakan.. So doktor HSNZ sarankan hubby untuk ambil 24kali gonal-f injectian sebelum tarikh IVF, 1mggu 2 kali dengan dos 75iu, dan untuk aku seperti biasa bermula hari kedua period untuk wat IVF dengan dos 225iu.

Aku pun g ke HSNZ mengikut appoinment yg telah ditetapkan sewaktu aku g ke HRPZ. Alhamdullilah, tuhan memakbulkan permintaan aku.. Tiba disana doktor menanyakan tarikh period aku bagi bulan tersebut ( iaitu bulan Mei, nank jadikan cerita 15.05.2013 tu tarikh pertama aku period dan merupakan tarikh appoinment dengan HSNZ, aku datang betul-betul sebelum g hospital ). So doktor n nurse pun gtaw yang bersesuaian utk tetap tarikh...dan doktor confirmkan tarikh pengambilan telur pada 26.08.2013. dipercepatkan 2 bulan. Hubby kena start inject 03.06.2013... Setiap Isnin dan Khamis. Saya pula dibagi makan ubat YAZ supaya datang n stop pada tarikh yang doktor nak so senang nk plan IVF... aku dah pun start YAZ cycle pertama bulan pertama dan akan stop pada 13.06.2013, next cycle akan 11.07.2013, last cycle akan stop 08.08.2013.


Sunday 21 April 2013

Masalah Demi Masalah....

Lama x update, so far progress dgn hospital ok.. Frenz aku L tu bawa aku g umah nurse IVF Kak K di Terengganu. Alhamdullilah Kak K ni baik sgt, klu nk tanya apa2 blh je direct call dia. dia ajar aku supaya pergi ke HRPZ Kota Bharu untuk booking ubat awal supaya x jadi kena berganti ubat nanti.. Ada patient yg pakai ubat Terengganu dlu pas baru nk claim blik ubat kat negeri masing2. tp aku bernasib baik coz Kak K n Frenz L aku ajar..So aku g ke klinik O&G Kota Bharu ambil temujanji jumpa dgn Dr Wan Zahanim pada 08.05.2013 untuk confirm ubat utk IVF aku..So aku dpt ubat subsidila...Bayar kos rawatan je la nanti.. ( jimat dlm 10ribu)

Yang menjadi masalahnya sekarang, Mr Hubby aku asyik kena buasir n amat-amatla serius..sampai semalam 20.04.2013 dia mtk bawa dia g hospital utk inject ubat tahan sakit... Hubby aku ni klu dh mtk g hospital tu kira dia memang skit sgtla coz dia penakut nk g hospital ( tp klu bab nk baby dia akan sanggup apa saje). Frenz L aku gtaw, aku kena settlekan masalah usus Hubby secepat mungkin coz klu dia asyik sakit akan menyebabkan stress n perjalanan sistem tubuh kita terganggu bermakna penghasilan sperm pun akn terganggu n supplement2 yg kita ambil x dapat effect dgn tubuh kita kerana usus kita mengalami masalah.. Runsing la aku mcm ni...dh la Hubby yg bermasalah tambah pula dia buasir yg teruk sampai pucat muka hari ni..Semalam lepas pergi hospital, doktor transfer dia g jumpa pakar usus pada 06.05.2013.. Mudah-mudahan semua akan berjalan lancar bila tiba hariny.

Bila kerajaan umum cuti umum pada 05.05.2013 aku pun cepat2 ambil cuti pada 02.05.2013 blhla pergi jumpa Dr Nasir di Terengganu nk tanya perihal Hubby..01.05.2013 cuti hari pekerja, 02.05.2013 akun ambil cuti, 3-4.05.2013 tu jumaat sabtu ( Kelantan memang cuti) Ahad 05.05.2013 cuti umum...So blhla g rilek sama kt Terengganu...

Wednesday 27 March 2013

27.03.2013
Aku ke Husm, kali ni berjumpa dengan Assoc. Prof (Dr) Adibah Ibrahim dan dibagi kaunseling untuk IVF-ICSI. Tarikh yg ditetapkan pada bln Aug13 dan temujanji seterusnya 26.06.2013. Tapi kos rawatannya RM14,000 dan ianya baru beroperasi bulan Feb13. Aku dan suami berbincang selepas balik dari HUSM dan bersepakat untuk teruskan di HSNZ, Terengganu memandangkan kos rawatan yg agak rendah dan tahap pencapaiannya lama dan tinggi.  X berbeza pun Aug13 dendan Okt13. So tunggu jela..

Monday 25 March 2013

Bermula segalanya...
Setelah berkahwin 2 tahun tp masih belum dikurniakan cahayamata kami berdua mula terfikir mendapatkan rawatan memandangkan usia kami berdua sudah pun 32tahun.Ini adalah perkahwinan kedua bagi aku selepas 7 tahun hidup sendiri. Aku dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Daniel yang kini sudah berusia 11tahun hasil dari perkahwinan pertamaku. Seorang anak yg bijak dan baik. Daniel tidak pernah mendapat kasih sayang Abahnya, jadi Baba yang dikenali sejak usia 7 tahun sudah dianggap bapa kandungnya dan suamiku teramat baik. Tuhan maha adil, aku seksa diperkahwinan yang pertama tapi dikurniakan anak yg baik, aku bahgia bagi perkahwinanku yg kedua dengan En G ( bujang ) : suami baik, sygkn aku, mertua baik, ipar baik tp x de cahayamata... Serba sikit sejarah kami suami isteri

LANGKAH PERTAMA BERMULA
Aku dan suami ke KLINIK ANG ( sebuah klinik O&G swasta ) di kota bharu. Rawatan yang diterima adalah seperti berikut :

Bulan pertama > clomid 2 biji sehari waktu malam diambil pada hari ke-2 period sehingga hari ke-5
                       > pada hari ke-14, scan untuk tgk tindakbalas terhadap clomid tersebut dan resultnya 
                          positf. Banyak telur yg dihasilkan dan ukurannya juga menepati telur yg bersedia utk 
                          disenyawakan 
Diteruskan pada 5bulan seterusnya tp x juga mengandung. Doktor menyarankan suamiku utk wat sperm test.
So we did, n the result was upset.. no sperm count ( Azoospermia). Kami di transfer ke HUSM, kubang kerian

Kos utk SPERM TEST : RM100 dibuat di Pathhlab ( cara-caranya mesti hantar sampel air mani dalm tempoh 1/2 jam dari waktu pengeluaran.lebih baik wat di makmal terus lebih baik, Fresh kata doktor) 
Kos utk clomid : RM75
Kos utk Scan pada hari ke-14 : RM75

LANGKAH KEDUA BERMULA
Bulan November 2011, bermulalah rawatan kami di HUSM, kubang kerian. Doktor mulakan rawatan untuk aku dulu sebab perempuan yg selalunya cenderung ada masalah. ( dh x pyah ambil clomid coz dh ambil 6bulan di Klinik Ang n gambar scan yg ada telur dihari ke 14 pun aku bagi pada HUSM ). Dimulakan dengan :

* Ambil darah aku pada hari ke-2@3 period utk tahu FSH, LH n prolactin aku : result ok
* Ambil darah aku pada hari ke-10 utk tahu kesuburan agaknya : result ok
* wat HSG > masukkan cecair ke dalam tiub falopian untuk tahu tersumbat atau x : result ok ( x tersumbat )
* scan untuk tahu kedudukan rahim : result rahim x de masalah tp kedudukan inverted/songsang/terbalik ke 
   bawah sikit ( tidak mendatangkan masalah ) 

Kos utk semua diatas :PERCUMA coz aku kerja kerajaan 

Next Step, Doktor mulakan rawatan untuk suami. Dimulakan dengan :

* Sperm test sekali lagi walaupun result yg pertama dh dibagi. result : no sperm count ( Azoospermia)
* Sperm test tp melalui air kencing ( caranya : kena buang air mani dulu lps tu kencing ) utk check dalam air 
   kencing ada sperm x, klu ada masalah besar : result no sperm dalam urine
* Ambil darah utk check tahap kesuburan : result ok
* Scan testis untuk check kilang sperm : result doktor sahkan ada cyst dike2-2 testis ( so refer to infertility 
   doktor)
* Testicular Biopsy ( utk ambil tisu di kilang yang menghasilkan sperm ) : result ada sperma di dalam 
   kilang tp spermatid iaitu sperma x matang ( klu sperma yg matang ada ekor, x matang x de ekor so dia x 
   boleh nk berenang ke telur wanita), bilangan sperma normal 36.6. Sewaktu operation ini dibuat, Doktor 
   dh  buang ketumbuhan pada sebelah kanan ( ketumbuhan air je ) tp yg sebelah kiri x boleh nk buang coz 
   ketumbuhan daging n dh serasi dengan testis takut ada kesan sampingan klu buang.
* So Doktor decide utk proceed dengan IVF-ICSI.

Kos utk semua diatas :PERCUMA coz aku kerja kerajaan.

Tamat dh tahun 2012 dan sewaktu testicular biopsy tu dibuat dahpun masuk Feb 2013 dapat result dia Mac 2013. 31.07.2013 ni genap 4 tahun kami berkahwin, masih belum ada cahayamata tp mujurla Daniel ada penyeri kami. Kadang-kadang sunyi juga sebab Daniel akan gi umah tok mama n to papa dia bila hari sekolah coz senang lepas waktu sekolah( rumah dekat je, lebih kurang 5min dari rumah kami).

LANGKAH KETIGA BERMULA
Kami dibagi tarikh utk kaunseling IVF pada 27.03.2013 diHUSM dan dibertahu juga kosnya mencecah RM11000. Sebelum ini, semua pesakit yang perlu rawatan IVF biasanya ditransfer ke HSNZ, Terengganu oleh HUSM kerana tiada makmal IVF di HUSM tp nasib tidak menyebelahi kami bermula Feb 2013 HUSM dh mulakan operasi untuk IVF dan dh ada makmal sendiri, sedang kos rawatan di HSNZ, Terengganu cuma 3000-5000 je. ( kawan aku yg sama2 wat rawatan di HUSM n kerja sama dengan suami yang dahpun mengandung 6bulan hasil dari IVF yg dibuat pada Okt 2012, bayar RM3000 je).

Sementara menunggu tarikh 27.03.2013, kami telah dibantu oleh kawan yg namanya saya rahsiakan, cukup dikenali sebagai L. Dia telah banyak membantu dan bercerita bagaimana dia lalui detik2 sementara menunggu tarikh IVF. Cara, pemakanan, supplement, amalan dll. Kita harus amalkan gaya hidup sihat sepanjang menunggu tibanya tarikh IVF. Ia akan mempengaruhi peratus berjaya IVF yang akan dilakukan.

Kerana tidak mahu cuma mengharap di HUSM, memandangkan kos yg agak tinggi, aku telah ke Klinik Ang sekali lagi untuk meminta Doktot tersebut untuk membuat surat transfer ke HSNZ, Terengganu sehari sebelum aku menemani L untuk menghantar semula ubat subsidi(nanti aku terangkan apa itu ubat subsidi) ke hospital HSNZ. 

20.03.2013, tiba di HSNZ, L banyak membantu, menunjukkan tempat untuk mendaftar kali pertama, memperkenalkan aku pada nurse-nurse disitu dan aku akhirnya diberi tarikh 27.03.2013 untuk hadir check-up kali pertama, katanya disebabkan rekod aku dari HUSM x de, so sku harus diperiksa dulu baru blh proceed dgn kaunseling. Aku memberitahu nurse tersebut aku ada menyimpan semua laporan aku di HUSM dalam pendrive aku tp tetap tarikh yg sama. Tuah menyebelahi aku, L sekali lagi membantu aku bercakap dgn Doktor disitu yg juga Doktor yg membuat IVF padanya dan Doktor tersebut memanggil aku untuk terus kaunseling IVF kerana simpati dengan jarak dari Kota Bharu ke Terengganu.

Doktor tersebut meneliti satu persatu rekod dalam pendriveku dan tarikh IVF yg ditetapkan pada kami ialah bulan Oktober 2013. Di sebabkan suamiku Azoospermia n spermatid(x matang), Doktor akan start bagi ubat utk injection sendiri bermula 21.08.2013. Injection ini bertujuan utk mematangkan sperma. kami juga telah diterang cara-cara IVF dibuat dan apa yg bakal kami lalui. Pada hari ke-2 period Oktober ni, aku mulakan suntukan utk diriku sendiri, seperti berikut ;

Day 2 : Gonal-F >225mg
Day 3 : Gonal-F + Transvagina Scan
Day 4 : Gonal-F
Day 5 : Gonal-F + Transvagina Scan
Day 6 : Gonal-F + sejenis lagi injection ( x faham tulisan doktor)
Day 7 : Gonal-F + sejenis lagi injection + Transvagina Scan
Day 8 : Gonal-F + sejenis lagi injection
Day 9 : Gonal-F + sejenis lagi injection + Transvagina Scan
Day 10 : Gonal-F + sejenis lagi injection
Day 11 : Gonal-F + sejenis lagi injection + Transvagina Scan
Day 12 : Gonal-F + sejenis lagi injection + injection bagi Ovum masak ( harus diinject mengikut betul-betul 
              masa yg ditetapkan kerana selepas 36jam dari masa injection Doktor nk collect Ovum kita. Klu x 
              cukup 36jam Ovum x masak, klu terlebih 36jam takut overcooked(perumpamaan...he..he)
Day 13 : Gonal-F + sejenis lagi injection + Transvagina Scan
Day 14 : Ovum akan diambil menggunakan teknik yg paling halus sekali, dan sperma akan diambil 
              (  disebabkan suamiku x de sperma dalam air mani so Doktor terpaksa wat testicular biopsy utk 
              ambil  sperma. )  
Day 15 : Rehat
Day 16 : Tunggu Panggilan
Day 17 : Tunggu Panggilan
* Klu persenyawaan berjaya Doktor akan hubungi kita samada hari ke-16 @ ke-17 untuk masukkan embrio, tp klu x berjaya   :-(.. Cuba lagi. tp klu berjaya kita kena rehat 48jam tanpa byk bergerak n jgn angkat benda berat. Selepas 3 minggu, blh check prengnacy test..

Nanti saya akan update amalan pemakanan, vitamin yg perlu diambil dan amalan harian yg perlu dibuat..semuanya diajar oleh L. tips yg sgt bgus dan berkesan kepada dia..untuk saya belum tahu coz jawapannya akan terjawab Oktober ni. Walaubagaimanapun pada 27.03.2013 iaitu esok saya akan tetap g ke HUSM untuk mengikuti rawatannya..