Monday 22 July 2013

Hari semakin hampir... Tak sampai sebulan dah          

Alhamdullilah, akhirnya masa yang dinanti dh pun semakin dekat. Berkenaan ubat Yaz yg dibagi utk control period pada aku selama 3cycles dh bertukar pada marvelon pada cycles terakhir ni. Sebabnya pada cycles ke2 di mana aku sepatutnya stop ubat pada 11.07.13 dan akan period pada 14hb tetapi tiba2 period aku datang awal iaitu pada 08.07.13, panik juga aku. Nape ubat x berenti lg tiba2 period.. So aku terus call hospital Terengganu n bertanya pada doktor kenape jadual mcm tu. Doktor sarankan utk teruskan juga makan ubat Yaz tu sampai 11hb seperti yg ditetapkan. Period pn x byk sgt so doktor kata ubat tu x kuar utk tahan period dan akan tukar ubat yg lebih kuat pada temujanji akan dtg iaitu pada 11.07.13. So aku pun dh tukar mkn ubat yg fungsinya sama tapi dos yg agak kuat iaitu marvelon dan akan stop pada hari raya pertama 08.08.2013 dan dijangka period pada 11.08.2013. Doktor suruh aku ke makmal gribble pada hri ke2 n ke4 period utk ambil darah, n aku disuruh mulakan injection Gonal-f pada hri ke2 period. Hubby dh start inject dri bln jun lgi n tggal lg beberapakali injection je utk utk dia.

Bercakap pasal inject, Kawan aku L ada tunjukkan suntikan tambahan yg akan dibagi pada hari ke6  dan ke12. Maksudnya, pada hari ke6,7,8,9,10,11 akan ada 2jenis injection yg perlu di inject. Pada hri ke12 pula ada lg 1 tambahan injection, bermakna pada hri ke12 akan jadi 3jenis injection. Pada hri ke13 n 14 Cuma 2 jenis injection yg perlu diambil. Dan hri ke14 tu la akan di buat ovum pickup n operate testicular biopsy utk hubby bg membolehkan spermnya diambil. Selepas pada itu, klu dengan izin Allah s.w.t telur n sperm yg diambil berkualiti, maka persenyawaan akan dilakukan oleh embrologist. Sewaktu tu, aku n hubby cuma blh berdua, buat sembahyang hajat byk2 sementara menunggu panggilan dari Hospital untuk embryo transfer jika persenyawaan berjaya. Selalunya, ia akan mengambil masa 2@3 hari utk persenyawaan berlaku.

Aku dh pn book hotel start dri hri ke13 hingga ke18 coz kita perlu ada berdekatan Hospital sepanjang tarikh tersebut. Selepas embryo transfer, kita x dibenarkan byk bergerak selama 48jam. Doakan saya berjaya ye, setelah 2tahun mengikut treatment akhirnya masa akan tiba x lama lagi.

No comments:

Post a Comment