Wednesday, 27 March 2013

27.03.2013
Aku ke Husm, kali ni berjumpa dengan Assoc. Prof (Dr) Adibah Ibrahim dan dibagi kaunseling untuk IVF-ICSI. Tarikh yg ditetapkan pada bln Aug13 dan temujanji seterusnya 26.06.2013. Tapi kos rawatannya RM14,000 dan ianya baru beroperasi bulan Feb13. Aku dan suami berbincang selepas balik dari HUSM dan bersepakat untuk teruskan di HSNZ, Terengganu memandangkan kos rawatan yg agak rendah dan tahap pencapaiannya lama dan tinggi.  X berbeza pun Aug13 dendan Okt13. So tunggu jela..

Monday, 25 March 2013

Bermula segalanya...
Setelah berkahwin 2 tahun tp masih belum dikurniakan cahayamata kami berdua mula terfikir mendapatkan rawatan memandangkan usia kami berdua sudah pun 32tahun.Ini adalah perkahwinan kedua bagi aku selepas 7 tahun hidup sendiri. Aku dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Daniel yang kini sudah berusia 11tahun hasil dari perkahwinan pertamaku. Seorang anak yg bijak dan baik. Daniel tidak pernah mendapat kasih sayang Abahnya, jadi Baba yang dikenali sejak usia 7 tahun sudah dianggap bapa kandungnya dan suamiku teramat baik. Tuhan maha adil, aku seksa diperkahwinan yang pertama tapi dikurniakan anak yg baik, aku bahgia bagi perkahwinanku yg kedua dengan En G ( bujang ) : suami baik, sygkn aku, mertua baik, ipar baik tp x de cahayamata... Serba sikit sejarah kami suami isteri

LANGKAH PERTAMA BERMULA
Aku dan suami ke KLINIK ANG ( sebuah klinik O&G swasta ) di kota bharu. Rawatan yang diterima adalah seperti berikut :

Bulan pertama > clomid 2 biji sehari waktu malam diambil pada hari ke-2 period sehingga hari ke-5
                       > pada hari ke-14, scan untuk tgk tindakbalas terhadap clomid tersebut dan resultnya 
                          positf. Banyak telur yg dihasilkan dan ukurannya juga menepati telur yg bersedia utk 
                          disenyawakan 
Diteruskan pada 5bulan seterusnya tp x juga mengandung. Doktor menyarankan suamiku utk wat sperm test.
So we did, n the result was upset.. no sperm count ( Azoospermia). Kami di transfer ke HUSM, kubang kerian

Kos utk SPERM TEST : RM100 dibuat di Pathhlab ( cara-caranya mesti hantar sampel air mani dalm tempoh 1/2 jam dari waktu pengeluaran.lebih baik wat di makmal terus lebih baik, Fresh kata doktor) 
Kos utk clomid : RM75
Kos utk Scan pada hari ke-14 : RM75

LANGKAH KEDUA BERMULA
Bulan November 2011, bermulalah rawatan kami di HUSM, kubang kerian. Doktor mulakan rawatan untuk aku dulu sebab perempuan yg selalunya cenderung ada masalah. ( dh x pyah ambil clomid coz dh ambil 6bulan di Klinik Ang n gambar scan yg ada telur dihari ke 14 pun aku bagi pada HUSM ). Dimulakan dengan :

* Ambil darah aku pada hari ke-2@3 period utk tahu FSH, LH n prolactin aku : result ok
* Ambil darah aku pada hari ke-10 utk tahu kesuburan agaknya : result ok
* wat HSG > masukkan cecair ke dalam tiub falopian untuk tahu tersumbat atau x : result ok ( x tersumbat )
* scan untuk tahu kedudukan rahim : result rahim x de masalah tp kedudukan inverted/songsang/terbalik ke 
   bawah sikit ( tidak mendatangkan masalah ) 

Kos utk semua diatas :PERCUMA coz aku kerja kerajaan 

Next Step, Doktor mulakan rawatan untuk suami. Dimulakan dengan :

* Sperm test sekali lagi walaupun result yg pertama dh dibagi. result : no sperm count ( Azoospermia)
* Sperm test tp melalui air kencing ( caranya : kena buang air mani dulu lps tu kencing ) utk check dalam air 
   kencing ada sperm x, klu ada masalah besar : result no sperm dalam urine
* Ambil darah utk check tahap kesuburan : result ok
* Scan testis untuk check kilang sperm : result doktor sahkan ada cyst dike2-2 testis ( so refer to infertility 
   doktor)
* Testicular Biopsy ( utk ambil tisu di kilang yang menghasilkan sperm ) : result ada sperma di dalam 
   kilang tp spermatid iaitu sperma x matang ( klu sperma yg matang ada ekor, x matang x de ekor so dia x 
   boleh nk berenang ke telur wanita), bilangan sperma normal 36.6. Sewaktu operation ini dibuat, Doktor 
   dh  buang ketumbuhan pada sebelah kanan ( ketumbuhan air je ) tp yg sebelah kiri x boleh nk buang coz 
   ketumbuhan daging n dh serasi dengan testis takut ada kesan sampingan klu buang.
* So Doktor decide utk proceed dengan IVF-ICSI.

Kos utk semua diatas :PERCUMA coz aku kerja kerajaan.

Tamat dh tahun 2012 dan sewaktu testicular biopsy tu dibuat dahpun masuk Feb 2013 dapat result dia Mac 2013. 31.07.2013 ni genap 4 tahun kami berkahwin, masih belum ada cahayamata tp mujurla Daniel ada penyeri kami. Kadang-kadang sunyi juga sebab Daniel akan gi umah tok mama n to papa dia bila hari sekolah coz senang lepas waktu sekolah( rumah dekat je, lebih kurang 5min dari rumah kami).

LANGKAH KETIGA BERMULA
Kami dibagi tarikh utk kaunseling IVF pada 27.03.2013 diHUSM dan dibertahu juga kosnya mencecah RM11000. Sebelum ini, semua pesakit yang perlu rawatan IVF biasanya ditransfer ke HSNZ, Terengganu oleh HUSM kerana tiada makmal IVF di HUSM tp nasib tidak menyebelahi kami bermula Feb 2013 HUSM dh mulakan operasi untuk IVF dan dh ada makmal sendiri, sedang kos rawatan di HSNZ, Terengganu cuma 3000-5000 je. ( kawan aku yg sama2 wat rawatan di HUSM n kerja sama dengan suami yang dahpun mengandung 6bulan hasil dari IVF yg dibuat pada Okt 2012, bayar RM3000 je).

Sementara menunggu tarikh 27.03.2013, kami telah dibantu oleh kawan yg namanya saya rahsiakan, cukup dikenali sebagai L. Dia telah banyak membantu dan bercerita bagaimana dia lalui detik2 sementara menunggu tarikh IVF. Cara, pemakanan, supplement, amalan dll. Kita harus amalkan gaya hidup sihat sepanjang menunggu tibanya tarikh IVF. Ia akan mempengaruhi peratus berjaya IVF yang akan dilakukan.

Kerana tidak mahu cuma mengharap di HUSM, memandangkan kos yg agak tinggi, aku telah ke Klinik Ang sekali lagi untuk meminta Doktot tersebut untuk membuat surat transfer ke HSNZ, Terengganu sehari sebelum aku menemani L untuk menghantar semula ubat subsidi(nanti aku terangkan apa itu ubat subsidi) ke hospital HSNZ. 

20.03.2013, tiba di HSNZ, L banyak membantu, menunjukkan tempat untuk mendaftar kali pertama, memperkenalkan aku pada nurse-nurse disitu dan aku akhirnya diberi tarikh 27.03.2013 untuk hadir check-up kali pertama, katanya disebabkan rekod aku dari HUSM x de, so sku harus diperiksa dulu baru blh proceed dgn kaunseling. Aku memberitahu nurse tersebut aku ada menyimpan semua laporan aku di HUSM dalam pendrive aku tp tetap tarikh yg sama. Tuah menyebelahi aku, L sekali lagi membantu aku bercakap dgn Doktor disitu yg juga Doktor yg membuat IVF padanya dan Doktor tersebut memanggil aku untuk terus kaunseling IVF kerana simpati dengan jarak dari Kota Bharu ke Terengganu.

Doktor tersebut meneliti satu persatu rekod dalam pendriveku dan tarikh IVF yg ditetapkan pada kami ialah bulan Oktober 2013. Di sebabkan suamiku Azoospermia n spermatid(x matang), Doktor akan start bagi ubat utk injection sendiri bermula 21.08.2013. Injection ini bertujuan utk mematangkan sperma. kami juga telah diterang cara-cara IVF dibuat dan apa yg bakal kami lalui. Pada hari ke-2 period Oktober ni, aku mulakan suntukan utk diriku sendiri, seperti berikut ;

Day 2 : Gonal-F >225mg
Day 3 : Gonal-F + Transvagina Scan
Day 4 : Gonal-F
Day 5 : Gonal-F + Transvagina Scan
Day 6 : Gonal-F + sejenis lagi injection ( x faham tulisan doktor)
Day 7 : Gonal-F + sejenis lagi injection + Transvagina Scan
Day 8 : Gonal-F + sejenis lagi injection
Day 9 : Gonal-F + sejenis lagi injection + Transvagina Scan
Day 10 : Gonal-F + sejenis lagi injection
Day 11 : Gonal-F + sejenis lagi injection + Transvagina Scan
Day 12 : Gonal-F + sejenis lagi injection + injection bagi Ovum masak ( harus diinject mengikut betul-betul 
              masa yg ditetapkan kerana selepas 36jam dari masa injection Doktor nk collect Ovum kita. Klu x 
              cukup 36jam Ovum x masak, klu terlebih 36jam takut overcooked(perumpamaan...he..he)
Day 13 : Gonal-F + sejenis lagi injection + Transvagina Scan
Day 14 : Ovum akan diambil menggunakan teknik yg paling halus sekali, dan sperma akan diambil 
              (  disebabkan suamiku x de sperma dalam air mani so Doktor terpaksa wat testicular biopsy utk 
              ambil  sperma. )  
Day 15 : Rehat
Day 16 : Tunggu Panggilan
Day 17 : Tunggu Panggilan
* Klu persenyawaan berjaya Doktor akan hubungi kita samada hari ke-16 @ ke-17 untuk masukkan embrio, tp klu x berjaya   :-(.. Cuba lagi. tp klu berjaya kita kena rehat 48jam tanpa byk bergerak n jgn angkat benda berat. Selepas 3 minggu, blh check prengnacy test..

Nanti saya akan update amalan pemakanan, vitamin yg perlu diambil dan amalan harian yg perlu dibuat..semuanya diajar oleh L. tips yg sgt bgus dan berkesan kepada dia..untuk saya belum tahu coz jawapannya akan terjawab Oktober ni. Walaubagaimanapun pada 27.03.2013 iaitu esok saya akan tetap g ke HUSM untuk mengikuti rawatannya..